PELABUHAN KLANG, 28 Jan -- Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal (empat, kiri) melihat barangan sisa elektronik (e-waste) yang dibawa masuk ke dalam negara di tapak gudang CFS4, Pelabuhan Barat hari ini.AKPS menyita lima kontena sarat dengan sisa elektronik seberat lebih 125 tan menerusi siri pemeriksaan di Pelabuhan Barat di sini, Selasa lepas.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA