SHAH ALAM, 29 Mac -- Dua beradik warga Iran dibawa keluar oleh anggota polis dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung setelah mereka didapati bersalah mengedar 2,987.7 gram methamphetamine dua tahun lalu.Tertuduh Fatemah Zandiyeh Mohamad, 24, dan kakaknya Tahmineh Zandiyeh Mohamad, 26, didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine yang disimpan dalam benkung dipakai mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, 5 Mei 2011.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA