SHAH ALAM, 15 April -- Seekor anjing berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas disuntik ubat pelali sebelum menjalani prosedur pemandulan bagi mengawal populasi haiwan terbiar pada Program Gotong Royong 2026 yang diadakan di Dewan Kemunting, Seksyen 25, hari ini.Program selama tiga hari bermula 13 hingga 15 April itu merekodkan sebanyak 120 ekor kucing dan 40 ekor anjing telah dimandulkan, kadar bayaran RM50 bagi kucing dan RM100 bagi anjing.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA