SHAH ALAM, 16 Mac -- Tokoh Wartawan Negara, Adibah Amin, 90, kini hanya terlantar ditemani adiknya, Khalilah Fadzilah, 87 ketika ditemui di kediaman mereka di sini hari ini.Adibah kini berada dalam keadaan uzur berikutan faktor usia dan memerlukan penjagaan sepenuh masa. Beliau juga menghidap penyakit kencing manis dan selepas diserang strok pada 2008, kini terlantar serta tidak lagi mampu berjalan.Adibah yang juga sinonim dengan watak Cikgu Bedah dalam filem komedi Adik Manja merupakan figura yang tidak asing dalam dunia kewartawanan dan kesusasteraan tanah air.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA