KUALA LUMPUR, 30 Mac -- Pembangunan ibu kota yang semakin pesat membangun seiring dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP). GTP yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dilaksanakan dibawah bidang kuasa Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), seiring dengan moto 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".Terdapat tujuh Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) di bawah GTP Iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, menambah baik pendidikan, pembangunan luar bandar serta pengangkutan awam bandar dan meningkatkan standard kehidupan isi rumah pendapatan rendah serta menangani kos hidup.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA