KUALA LUMPUR, 11 Feb -- Jurusolek Astro Arena, Syakira Vun, berkongsi kepakaran menerusi demonstrasi solekan ketika sesi perkongsian sempena Klinik Netball Super League (NSL) yang berlangsung di Malaysia National Ice Skating Stadium (MYNISS) hari ini.Sesi tersebut memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik solekan profesional untuk penampilan siaran dan acara rasmi, sekali gus menambah nilai keyakinan diri dalam kalangan atlet serta memperkaya pengalaman sepanjang program berlangsung.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA