GEORGE TOWN, 2 April -- Pegawai perubatan memeriksa seorang peniaga yang maut selepas terkena tujuh das tembakan di Lingkaran Pantai Jerjak dekat sini, hari ini.Mangsa S. Arumugam, 48, dari Changkat Minden, Sungai Gelugor ditemani seorang rakan didatangi dua lelaki menaiki motosikal dan melepaskan tembakan dan terkena bahagian badan serta kepala mangsa.Rakan mangsa berjaya melepaskan diri dan pihak polis sedang mengesan kedua-dua suspek dan rakan mangsa.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA