KANGAR, 4 April -- Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perlis, Norazlan Yahaya (kiri) menyerahkan notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Perlis, Ahmad Ibrahim Mohd Tayib (kanan) di pejabat SPR di sini hari ini.DUN Perlis merupakan antara DUN yang terawal dibubarkan selepas pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA