KUANTAN, 5 April -- Rawang Burger Bakar (RBB) yang tersohor di ibu negara kini boleh didapati di negeri ini apabila cawangan terbaru mula beroperasi sejak beberapa bulan lepas di Jalan Putra Square Kuantan.Menurut pengurus Cawangannya, Chua Boon Huat terdapat tiga jenis menu menjadi tarikan utama pelanggan iaitu KLCC, Ombak Rindu dan Burgembira .Chua yang juga pemain hoki kebangsaan berkata, selain rasanya enak RBB dikatakan lebih berkhasiat berbanding burger lain di pasaran kerana dagingnya dibakar menggunakan arang bukannya digoreng.Setiap hidangan pula ditawarkan harga antara RM8 hingga RM20 dan urusniaga beroperasi antara jam 5.30 petang hingga lewat malam.Kelihatan beberapa pelanggan sedang menikmati keenakkan hidangan RBB di cawangannya di sini, hari ini. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA