KANGAR, 19 April -- Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar melakukan siasatan di tempat kejadian kemalangan maut melibatkan sebuah kereta peronda polis merempuh murid sekolah di Jalan Kaki Bukit dekat sini, hari ini.Mangsa Mohamad Akmal Daniel Che Azni, 11, seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampung Salang maut ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan hoki di sebuah sekolah yang terletak kira-kira dua kilometer daripada lokasi kemalangan.Mangsa yang berbasikal dipercayai cuba menyeberang jalan berkembar berkenaan tanpa menyedari kehadiran kereta peronda polis yang datang dari arah Padang Besar sebelum dia dirempuh dan tercampak lebih 100 meter mengakibatkan mangsa maut ditempat kejadian. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA