HULU LANGAT, 7 Mac -- Pelajar-pelajar Madrasah An Nabawiyyah membaca ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai bagi mengimarahkan bulan Ramadan sempena hari Nuzul Quran hari ini.Nuzul Quran yang disambut seluruh umat Islam pada 17 Ramadan adalah untuk hari memperingati turunnya kitab suci Al-Quran kepada Nabi Muhamad S.A.W.Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA