SIBU, 1 Mei -- Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah menyampai sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada Suriani Bujang pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak malam tadi.Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jamaruslam Abdullah (kiri) dan Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili (kanan). Seramai 52 kakitangan JPJ Sarawak menerima APC. Turut diraikan ialah 10 kakitangan bersara pada tahun ini.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA