KUCHING, 3 April -- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Petra Jaya membantu menghantar jurufoto Bernama, Razali Nordin, 54, menggunakan ambulans EMRS dari kediamannya di Taman Sukma ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan segera, hari ini.Razali yang telah lama menabur khidmat dan merakam pelbagai detik penting negara bersama Bernama kini berdepan ujian kesihatan apabila menghidap komplikasi jantung, batu karang, buah pinggang dan diabetes, serta dijadualkan menjalani pembedahan injap jantung di Pusat Jantung Sarawak, HUS minggu hadapan. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA