KUCHING, 30 Mac -- Kemajuan teknologi kewangan kini mempermudahkan urusan harian orang ramai apabila aplikasi pembayaran digital seperti S PAY GLOBAL semakin menjadi pilihan utama pengguna di Sarawak bagi pelbagai jenis transaksi.Bermula dengan nama SarawakPay sebelum dijenamakan semula sebagai S PAY GLOBAL, aplikasi e-dompet ini dibangunkan oleh SiliconNet Technologies Sdn Bhd yang diperkenalkan pada 2017 sebagai sebahagian daripada inisiatif pendigitalan.Sejak diperkenalkan, S PAY GLOBAL yang juga satu inisiatif penting Kerajaan Negeri Sarawak terus berkembang dengan penambahan pelbagai fungsi serta mendapat mandat untuk menyalurkan bantuan-bantuan kerajaan negeri kepada rakyat, sekali gus menggalakkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA