KUCHING, 6 Mei -- Elijah Jeremiah Yeo Shi Xian, 19, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang basikal pada 1 Mei lepas. Remaja berkenaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 23 Jun ini untuk pengurusan kes.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA