KUALA LUMPUR, 19 Mei -- Warga kota dan pelancong asing membawa anak-anak mereka untuk bermandi-manda ekoran cuaca panas di Taman KLCC semasa tinjauan fotoBERNAMA di sini hari ini.Cuaca panas dan kering dijangka berlaku sehingga September ini berikutan musim Monsun Barat Daya yang bermula Rabu lepas.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan serta liputan awan yang berkurangan, dan tempoh penerimaaan cahaya matahari yang lebih lama menyebabkan suhu persekitaran meningkat.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA