KOTA BAHARU, 9 Jun -- Ketua Penyelidik Prof Dr Ismail Ab Rahman (kanan) menunjukkan produk "Dental Nanocomposite from Rice Husk" (CRH) yang diekstrak daripada sekam padi bagi menggantikan bahan konvensional amalgam untuk tampalan gigi pada sidang media di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini.Produk itu sekaligus mampu mengurangkan kos pembelian amalgam yang diimport dari luar negara untuk digunakan di klinik-klinik pergigian milik kerajaan mahupun swasta yang dianggarkan berjumlah RM88 juta, berdasarkan statistik penggunaan komposit tampalan gigi di Klinik USM pada 2009.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA