KUCHING, 22 April -- Putra Aqmal Syukrie Sabli, 24, menunjukkan kecederaan yang dialaminya selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari menyebabkan kehilangan kaki kirinya ketika ditemui Bernama di kediamannya, baru-baru ini.Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, 30 Mac lepas, Putra Aqmal yang bekerja sebagai penghantar makanan sedang menghantar pesanan dari Jalan Song ke Stutong, dekat sini, sebelum sebuah kenderaan dipercayai jenis Toyota Avanza tiba-tiba membelok masuk ke simpang kanan jalan.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA