ALOR SETAR, 13 Jun -- Seorang penduduk Ahmad Zainol Saad (dua, kanan) bersama jiranya memerhatikan buah cempedak madu yang kelihatan masih subur meskipun pokok itu tumpang dalam kejadian angin ribut baru-baru ini di Kampung Huma, Mukim Padang Hang dekat sini.Ahmad Zainol, 56, berkata ketika kejadian itu berlaku pokok cempedak madu berusia sembilan tahun itu sedang berbuah hampir 300 biji dan dijangka masak sekitar pertengahan Julai ini bersempena bulan Ramadhan.Beliau bersama jiranya cuba sedaya upaya menyelamat pokok cempedak madu itu daripada terus musnah dengan menungkat pohon itu dengan sebatang kayu termasuk menimbun semula tanah pada bahagian akar dan perdu pokok itu.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA