ARAU, 17 Jun -- Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan World Islamic Call Society (WICS) hari ini memeterai perjanjian dalam bidang akademik serta wakaf. Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman antara KUIPs yang diwakili oleh Rektornya, Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam (depan, kiri) dan WICS yang diwakili Presidennya, Dr Abdul Karim Khalil (kanan) di Istana Arau di sini hari ini. Berangkat sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (belakang, dua, kiri).WICS merupakan sebuah pertubuhan wakaf terbesar di dunia yang berpengkalan di Tripoli, Libya.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA