KUCHING, 5 Mei -- Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol (tengah) menyaksikan penyampaian cenderahati daripada Timbalan Pengarah UKAS Mohamed Faizal Shah Ali kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (dua, kiri) semasa menerima kunjungan hormat delegasi Bernama di Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Bangunan Baitul Makmur 1, Medan Raya, hari ini.Turut hadir Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj (kiri).-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA