KANGAR, 26 Jun -- Ketua Polis Perlis, Datul Zull Aznam Haron (kanan) mengucapkan tahniah kepada pegawai dan anggota polis yang bertugas dalam Ops Daulat selepas menerima anugerah masing-masing pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dekat sini, hari ini.Seramai lapan orang terdiri dari anggota dan pegawai yang terlibat dalam Ops Daulat menerima anugerah masing-masing pada majlis tersebut.Sijil kecemerlangan turut diberikan kepada 19 orang pegawai dan anggota pelbagai pangkat yang cemerlang dalam membenteras kegiatan jenayah.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA