NAKHON RATCHASIMA (Thailand), 20 Jan -- Perarakan kontinjen Malaysia memasuki pekarangan stadium sempena perasmian Sukan Para ASEAN (APG) 2025 di Kompleks Sukan His Majesty the King's 80th Birthday Anniversary 5 December 2007 di sini malam ini, 18 tahun selepas Nakhon Ratchasima terakhir menjadi tumpuan acara serupa.Majlis itu menampilkan persembahan bertemakan One Symphony, Heartbeat ISANPOP dan Rhythm of Heart yang menggabungkan teknologi laser, membawa mesej tersendiri serta dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api.Perarakan dimulakan oleh kontinjen tuan rumah bersama simbol rasmi pertandingan, diikuti maskot temasya, dan kontinjen Brunei, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor-Leste dan Vietnam.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA