NAKHON RATCHASIMA (Thailand), 20 Jan -- Pemain badminton negara Nurzammiezatul Syafiqqah Mohamad Zamberi (SH6 ââââÅ¡¬œ kecacatan fizikal), diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang ketika perarakan masuk kontinjen Malaysia ke pekarangan stadium.Nakhon Ratchasima kembali menjadi tumpuan selepas 18 tahun apabila Sukan Para ASEAN (APG) 2025 dirasmikan di Kompleks Sukan His Majesty the King's 80th Birthday Anniversary 5 December 2007 di sini malam ini.Persembahan bertemakan One Symphony, Heartbeat ISANPOP dan Rhythm of Heart menggabungkan teknologi laser serta membawa mesej tersendiri, diserikan lagi dengan pertunjukan bunga api.Perarakan dimulakan oleh kontinjen tuan rumah bersama simbol rasmi pertandingan, diikuti perarakan maskot temasya serta kontinjen Brunei, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor-Leste dan Vietnam.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA