KUANTAN, 29 Jun -- JANJI TERUS DITUNAIKAN ... Seramai 82 orang penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar menerima bantuan meniaga melalui program "1Azam Meniaga" di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat yang disampaikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar Suhaimi Jusoh di sini, hari ini.Kebanyakan daripada mereka merupakan pemohon baru untuk memulakan perniagaan menerima pelbagai peralatan bantuan perniagaan seperti gerai burger, gerai ice blended, mesin jahit, mesin potong rumput, peralatan membasuh kenderaan, peralatan menggunting rambut, peti sejuk beku dan peralatan membuat kuih bahulu dan kelihatan penerima mengangkat peralatan yang diterima untuk di bawa balik untuk di usahakan.Melalui program ini,penduduk yang terpilih itu akan diberi latihan serta dipantau prestasi mereka selama tiga bulan oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Dan Keluarga sehingga pernigaan mereka berjaya.Diharap melalui program ini kebanyakkan mereka yang merupakan orang susah atau peniaga kecil-kecilan dapat menambah pendapatan serta meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** BERITA BERGAMBAR