NAKHON RATCHASIMA (Thailand), 20 Jan -- Nakhon Ratchasima kembali menjadi tumpuan selepas 18 tahun apabila Sukan Para ASEAN (APG) 2025 dirasmikan di Kompleks Sukan His Majesty the King's 80th Birthday Anniversary 5 December 2007 di sini malam ini.Persembahan gabungan itu menggunakan teknologi laser dan bertemakan One Symphony, Heartbeat ISANPOP dan Rhythm of Heart, yang membawa mesej tersendiri serta diserikan dengan pertunjukan bunga api.Perarakan dimulakan oleh kontinjen tuan rumah bersama simbol rasmi pertandingan, diikuti perarakan maskot temasya, dan kontinjen Brunei, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor-Leste dan Vietnam.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA