DUNGUN, 1 April -- Azra Dayini Mazlan (dua, kiri) dan Nur Sutera Suhara Mohd Azmi berkongsi kejayaan bersama ibu mereka Zaliha Zainal, 45, dan Suriana Mamat, 50 setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa ditemui di Kampung Telaga Emas, Paka, hari ini.Dua rakan karib dari Sekolah Menengah Kebangsaan Paka merupakan pelajar daripada keluarga B40 terpilih mengikuti Program Tuisyen MADANI.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA