KUALA LUMPUR, 29 Jun -- Ketua Pengarah Angkasa Dr Mustafa Din Subari menyampaikan ucapan pada Program Angkasa Talk "First Women In Space, Valentina Tereshkova" di Planetarium Negara di sini, malam ini.Program ini adalah sebagai sebuah landasan kepada pakar dalam bidang astronomi dan sains untuk berkongsi maklumat terkini secara langsung dan santai kepada orang awam. Angkasa berharap dengan adanya program seperti ini dapat membuka minda, menjana ilmu serta menanam minat masyarakat terutamanya generasi muda dalam bidang sains yang berkaitan.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA