KUALA LUMPUR, 29 Jun -- Orang ramai dipertontonkan dengan paparan video angkasawan wanita pertama, Valentina Tereshkova ketika Program Angkasa Talk "First Women In Space, Valentina Tereshkova" di Planetarium Negara di sini, malam ini.Program ini adalah sebagai sebuah landasan kepada pakar dalam bidang astronomi dan sains untuk berkongsi maklumat terkini secara langsung dan santai kepada orang awam. Angkasa berharap dengan adanya program seperti ini dapat membuka minda, menjana ilmu serta menanam minat masyarakat terutamanya generasi muda dalam bidang sains yang berkaitan.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA