KUALA NERUS, 10 Mac -- Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Terengganu Farihah Che Husin (lima, kanan) menyerahkan surat terima pencen penakat kepada balu Allahyarham Zulharisam Awang, Nik Noratiza Nik Abd Aziz, 47, semasa ditemui di Kampung Wakaf Baru, Gong Badak, hari ini.Nik Noratiza yang juga seorang suri rumah menyifatkan faedah Pencen Penakat yang diterima melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai hadiah istimewa arwah suami buat dirinya.Zulharisam merupakan legenda bola sepak Terengganu meninggal dunia pada 5 Feb lalu akibat kanser hati dan usus. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA