CHUKAI, 13 Mac -- Penduduk Abd Mobin Omar, 62, menunjukkan rakaman kejadian kebakaran sebuah gerai yang menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api di Kampung Gong Limau, Kemaman, hari ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.15 pagi sebelum 22 anggota BBP Chukai dan Kemaman bergegas ke lokasi kejadian. Bomba mengambil masa kira-kira 19 minit untuk mengawal api dari merebak dan operasi ditamatkan pada 5.10 pagi. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA