JOHOR BAHRU, 9 Mac -- Pusat bandar Johor Bahru bertukar meriah apabila ribuan pengunjung membanjiri laluan utama bagi menyaksikan sambutan Perarakan Chingay Johor Bahru yang berlangsung malam ini.Acara kebudayaan tahunan itu menampilkan pelbagai persembahan tradisional yang menjadi simbol warisan masyarakat Cina di negeri Johor.Perarakan berwarna-warni itu turut menampilkan persembahan tarian singa dan naga, pancaragam serta kereta berhias yang bergerak sepanjang laluan perarakan sambil disaksikan orang ramai.Perarakan Chingay Johor Bahru merupakan antara acara kebudayaan utama di Johor yang diadakan setiap tahun dan menjadi tarikan pelancong tempatan serta antarabangsa selain mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA