JERTIH, 18 Feb -- Zainab Salim, 45, melakukan kerja-kerja membaiki kotak gear transmisi automatik milik pelanggan ketika ditemui di bengkelnya di Kampung Alor Saji semalam.Bermula dengan hanya ingin membantu suami 14 tahun lepas, seorang ibu kepada enam anak kini semakin dikenali di daerah Besut sebagai mekanik yang mahir.Zainab, dari Kampung Gerai di sini ternyata tidak kekok memilih bidang automotif yang selama ini didominasi golongan lelaki sebagai kerjaya.Malah wanita tersebut turut menjadi perhatian dalam kalangan pemilik kereta di Terengganu dan Kelantan kerana mempunyai kemahiran tinggi dalam membaiki kotak gear.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA