KUALA LUMPUR, 8 Julai -- Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah mendengar penerangan daripada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) tentang model bangunan Wisma Perwira yang dipamerkan sempena Majlis Syarahan Angkatan Tentera di sini hari ini. Terdahulu Raja Nazrin menyampaikan ucaptamnya mengenai "Pasca Pilihanraya Umum ke-13 : Permuafakatan dan Perpaduan Nasional" pada syarahan berkenaan. Kelihatan (dari kiri) Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. -- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA