MARANG, 25 Feb -- Pelajar Sarjana Agro Teknologi Sains Tanaman Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Fatin Nur Atillia Abdul Razak, 28, memeriksa buah melon pada Majlis Pengiktirafan Impak Projek Komuniti Kolaborasi Teraju-UMT di UMT Bukit Kor di sini hari ini.Projek Melon Manis Terengganu yang dilaksanakan menerusi kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini memberi manfaat kepada 28 usahawan tani di negeri ini untuk menikmati pendapatan lebih stabil sekali gus memperkukuhkan ekonomi setempat.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA