KUALA LUMPUR, 9 Julai -- PROMOSI ... Wajah menarik bas RapidKL yang akan digunakan untuk mempromosikan perlawanan antara pasukan Harimau Malaya menentang Barcelona FC pada Majlis Pelancaran Tren dan Bas Barcelona FC Jelajah Asia 2013 di Depot RapidKL Subang di sini, hari ini.Satu unit tren dua gerabak serta lima buah bas berhenti-henti digunakan pada kempen promosi ini. Pihak RapidKL juga menyediakan dua buah bas eksekutif untuk kegunaan pasukan Barcelona FC pada kunjungan mereka ke Malaysia nanti. --fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA