KUALA LUMPUR, 11 Julai -- Siapa kata orang perempuan atau bukan Orang Asli tidak pandai menyumpit? Pada Program Bank Islam-BERNAMA Treasure Hunt 2013, para peserta pengamal media dengan penuh bersemangat mempelajari teknik menyumpit daripada Orang Asli Kampung Leryar Cameron Highlands. Walaupun sasaran mereka bukan haiwan tetapi belon, namun teknik yang betul memudahkan masing-masing menyumpit tepat mengenai sasaran.-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA