KUALA BERANG, 4 Jan -- Reman terhadap seorang peguam lelaki yang dipercayai bersubahat dengan banduan dalam kes penyeludupan dadah di Penjara Marang disambung selama empat hari.Perintah sambung reman terhadap suspek berusia 32 tahun bermula hari ini hingga Rabu (7 Jan) itu dikeluarkan Majistret Nur Athirah Hashim bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Dalam kejadian pada 23 Dis lepas, suspek yang juga peguam kepada banduan berkenaan dipercayai bersubahat menyeludup dadah jenis pil kuda, ganja dan Erimin 5 bernilai RM16,000 ke Penjara Marang selepas selesai perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA