KUALA TERENGGANU, 5 Jan -- Bekas jurutera Ahmad Faisal Mohd Shahrani, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba menggunakan wang palsu di sebuah kedai emas di sini bulan lepas.Tertuduh didakwa melakukan suatu percubaan menggunakan mata wang palsu sebagai tulen, iaitu 359 keping wang kertas RM50 di sebuah kedai emas di Chabang Tiga dekat sini pada 3.10 petang, 18 Dis lepas.Hakim Nazlyza Mohamad Nazri menetapkan 19 Jan ini untuk fakta kes dan jatuh hukum serta tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA