KUALA TERENGGANU, 15 Mac -- Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Mohd Zamri Samion (dua, kiri) meneliti sebuah motosikal yang diubah suai secara ekstrem pada Ops Khas Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 dan Ops Motosikal (Rempit) di Jambatan Angkat dekat sini malam tadi. Operasi bersepadu itu menyaksikan JPJ Terengganu menyita 149 motosikal serta mengeluarkan 5,606 saman atas pelbagai kesalahan sejak 1 Januari hingga 11 Mac lalu dalam usaha membendung aktiviti ubah suai melampau dan meningkatkan keselamatan jalan raya.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA