KUALA TERENGGANU, 16 Dis -- Pengarah Pembangunan Persekutuan Terengganu, Datuk Abdul Kahar Abdul Latif (empat, kiri) menyerahkan replika kunci jambatan gantung kepada Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Azran Amin Mazlan (enam, kanan) pada penyerahan projek Jambatan Gantung Kampung Angkat MADANI di Kampung Banggol Cempedak, Serada, hari ini.Projek Pembinaan Jambatan Gantung Kampung Banggol Cempedak bernilai RM890,888 itu bermula pada 23 Mac lalu dan mengambil tempoh 33 minggu untuk disiapkan.Jambatan tersebut direka bentuk sebagai sebuah binaan ikonik yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan baharu.Secara tidak langsung, ia mampu berfungsi sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti yang dapat menjana sumber ekonomi baharu kepada penduduk Kampung Banggol Cempedak.Kerajaan MADANI berharap agar projek ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak yang diberi tanggungjawab, sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA