MARANG, 25 Feb -- Pengarah Jaminan dan Pengurusan Program Teraju, Suhaila Salleh (dua kiri) bersama Pengarah Perkhidmatan Kewangan Teraju, Mohd Ariff Ithnin (tengah) melihat tanaman buah melon pada Majlis Pengiktirafan Impak Projek Komuniti Kolaborasi Teraju-UMT di UMT Bukit Kor di sini hari ini.Projek Melon Manis Terengganu yang dilaksanakan menerusi kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini memberi manfaat kepada 28 usahawan tani di negeri ini untuk menikmati pendapatan lebih stabil sekali gus memperkukuhkan ekonomi setempat.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA