CHUKAI, 11 Mac -- Pengusaha ketupat palas Teh Mamat, 61, menganyam ketupat yang ditempah menjelang Aidilfitri semasa ditemui di Kampung Gong Pauh, Kemaman.Tidak lengkap sambutan Aidilfitri tanpa kehadiran juadah tradisi seperti ketupat palas yang menjadi hidangan wajib di kebanyakan rumah di kampung dan bandar pada pagi Syawal. Makanan tradisi masyarakat Melayu itu yang diperbuat daripada pulut dimasak bersama santan serta dibungkus menggunakan daun palas terus kekal menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang lemak, harum dan enak. Walaupun berdepan persaingan dengan pelbagai jenis makanan moden, ketupat palas tetap menjadi pilihan ramai dan terus mencatat permintaan tinggi di pasaran khususnya menjelang hari lebaran.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA