JERTIH, 16 Mac -- Penghasilan minuman probiotik 'whey' susu kerbau oleh Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dilihat berpotensi membuka peluang baharu dalam pembangunan industri tenusu tempatan.Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah) Fakulti Perubatan Veterinar UniSZA Dr Noor Syaheera Ibrahim berkata whey yang sebelum ini dianggap bahan buangan industri keju kini ditransformasikan menjadi bahan premium bagi suplemen sukan dan kecergasan serta minuman fungsian probiotik. Whey susu kerbau merupakan cecair lebihan yang terhasil daripada proses pembuatan keju atau yogurt dan ia merupakan salah satu protein utama di dalam susu. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA