JERTIH, 25 April --J awiah Abd Rahman, 71, (kiri) bersama kakaknya Halimah, 77, selepas selesai menoreh getah di kebun getah milik penduduk Kampung Tok Ha di sini.Semangat wanita warga emas berusia 71 tahun dari Kampung Tok Has di sini yang masih kuat melakukan pelbagai pekerjaan wajar dijadikan inspirasi kepada masyarakat, khususnya golongan muda. Jawiah atau lebih dikenali sebagai Mok Teh Semek berkata tiada istilah rehat dalam hidupnya kerana sudah terbiasa melakukan pekerjaan iaitu mengusahakan padi, menoreh getah, menanam sayur dan menjadi tukang urut sejak muda sehingga hari ini.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA