KUALA TERENGGANU, 29 April -- Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin (tengah) bersama para pegawai menunjukkan barangan rampasan untuk memproses mykad palsu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan MyKad yang didalangi dua lelaki tempatan di Besut pada Khamis lepas.Suspek berusia 35 dan 39 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Raja pada 10.05 malam.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA