BESUT, 3 Ogos -- Menteri Pendidikan II yang juga Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh (dua, kanan) melawat anak-anak keluarga Shafie Nor, 46, (kiri) yang mengalami pelbagai penyakit kekal sejak lahir di rumahnya di Kampung Kubang Depu, Jerteh di sini hari ini.Shafie seorang bapa tunggal mempunyai enam orang anak dan tiga daripadanya mengalami pelbagai penyakit sejak dilahirkan seperti sawan dan bengkak sendi (arteriovenous haemangioma).Ketiga-tiga anak Shafie tidak mendapat rawatan khusus di pusat perubatan akibat kemiskinan yang menghimpit keluarga itu.--fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA