JERTIH, 12 Mac -- Anggota Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menggunakan dua ekor gajah denak Suria (kanan) dan Indah bagi membantu operasi memindahkan seekor gajah liar jantan (tengah) di kebun sawit dekat Kampung Pasir Akar, Hulu Besut sebelum dibebaskan ke habitat asal hari ini.Gajah tersebut berjaya ditangkap oleh anggota Perhilitan pada pukul 9 pagi Isnin lepas selepas beberapa hari usaha mengesan dan menjejaki dilakukan.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA