JERTIH, 21 Jan -- Pesawah mengambil upah membajak sawah menggunakan traktor mini dikenali 'kerbau besi' untuk mendapatkan permukaan sawah yang rata sebagai persiapan sebelum benih padi ditabur di Kampung Tok Has lewat petang semalam.Kerja meratakan tanah sawah biasanya dilakukan pada sebelah petang kerana suhu yang redup dengan menggunakan jentera kecil untuk mengelak permukaan sawah rosak. Fasa tersebut adalah kerja-kerja terakhir sebelum menabur benih bagi musim pertama tanaman padi pada tahun ini.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA