MARANG, 23 Mac -- Pengusaha, Nor Ehsan Abd Rahman, 48 (kiri) bersama pekerja, Maznah Jusoh, 55 (kanan) memeriksa kualiti madu kelulut ketika ditemui Bernama di ladangnya di Hutan Simpan Merchang di sini baru-baru ini.Minat terhadap ternakan lebah madu berputik ketika berada di sekolah menengah lagi hingga mendorongnya belajar dan mengkaji mengenainya, sekali gus memasang impian untuk memiliki perusahaan madu sendiri suatu hari nanti.Impian menjadi kenyataan bagi Nor Ehsan, apabila beliau kini mempunyai perusahaan madu kelulut yang berjaya dikembangkan hingga mencatat jualan ratusan ribu ringgit setahun, sekali gus membuka potensi besar industri itu di Terengganu.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA